Jumaat, 25 Disember 2020

Labuh Tirai 2020





Melabuhkan tirai 2020 dengan makna yang tersendiri.Pengalaman yang berharga bekerja dalam Pandermik Covid 19. Pergorbanan yang tiada tolok bandingnya terutama mereka yang bertugas di "Front Liner"

Secara pribadi pencapaian dalam tahun 2020 boleh dibanggakan kerana mendapat pengiktirafan yang menjadi idaman setiap seorang penerbit dan penyampai di radio.

Apa yang penting anugerah yang diterima bukanlah sesuatu menjadi kita leka, tetapi membuatkan akan lebih kuat lagi untuk terus merajai hati para pendengar.

Semoga tahun 2021 akan menjadi lebih bermakna..


Jumaat, 26 Ogos 2016

PENDOSA


MENGHARAP SESUATU YANG DIJANJIKAN,MAKA TUNAIKANLAH JANJI SEBAGAI SEORANG HAMBA

MyIG: amieytee

Ahad, 21 Ogos 2016

GAMBARAN HATI


Biasa didengari, mulut je jahat tapi hatinya baik..tanpa disedari bahawa kerana tutur bicara, ada hati yang terluka, berbicara adalah hak masing-masing tetapi dalam hak kita, ada juga hak orang lain yang perlu dijaga.

Rabu, 17 Ogos 2016

SAMA PANDANG TAK SAMA NAMPAK

Falsafah dalam Kehidupan sememangnya begitu, kita mungkin lihat dari luaran akan kebahagiaan seseorang tapi kita tidak tahu bagaimana rasa hatinya, begitu jua,kita ingin bahagia seperti mana orang lain, tanpa kita bertanya penderitaan dan kepayahan yang pernah dilaluinya.
Apa yang kita lihat, tak sama pandangan dengan orang lain.
Apa yang kita dengar, tak sama bunyinya dengan orang lain.

My IG: amieytee


Selasa, 16 Ogos 2016

MATANG FIKIRAN


Pertunjuk bagi kematangan seseorang itu berdasarkan tatacara bicaranya dan juga perbuatan. Lihatlah ketika marah,sedih dah gembira, dapat mengetahui sikapnya.

My IG : amieytee

Isnin, 15 Ogos 2016

JIWA KOSONG


Jemu itu datang kerana kita berasa kosong, kosong itu bukan bermakna ianya tidak berisi, tetapi kerana tiada rasa kepuasan dalam jiwa.Ikhlaslah dalam berbagai hal, tertutama permikiran dan perbuatan.

My IG : amieytee

HILANG


Sebetulnya penyesalan memang sering berlaku, tapi jika masih lagi melakukan perkara yang sama maka penyesalan itu tidak mendatang kesan.Kerana penyesalan itu bukan saja dalam kata-kata tetapi jua perbuatan.

My IG : amieytee