Tika terpinggir, dia menyepi
Sekoyong mentafsir hadap
Sendirian menapak langkah
Berjabat pada tubuh
Sapaan jarang berdesing.
Mendapat tongkat jalan masih tegap
Mendapat pelita tika senja belum gelap
Mendapat pimpin,haluan kecap
Mendapat laba tika masih mengira sedap
Kini
Sewaktu langit didongak
Lupa bumi dipijak
Lupa Rumput diinjak
Lupa bau ketiak.
Pada Kuasa bicara
Mengubah segala yang ada
Tanpa fikir siapa suka
Meminggirkan yang mendamba
Kuasa yang rapuh
Tidak selama ampuh
Kemelut harus ditempuh
Fikiran harus disepuh
Kehinaan pada murka
tapi masih lagi berkata
kerana sedikit rasa
AKU MASIH ADA KUASA
WALAU KERUH MENJENGAH KUALA
Nukilan Ilham Fikir : amieytee
9 Ogos 2016