Jumaat, 26 Ogos 2016

PENDOSA


MENGHARAP SESUATU YANG DIJANJIKAN,MAKA TUNAIKANLAH JANJI SEBAGAI SEORANG HAMBA

MyIG: amieytee

Ahad, 21 Ogos 2016

GAMBARAN HATI


Biasa didengari, mulut je jahat tapi hatinya baik..tanpa disedari bahawa kerana tutur bicara, ada hati yang terluka, berbicara adalah hak masing-masing tetapi dalam hak kita, ada juga hak orang lain yang perlu dijaga.

Rabu, 17 Ogos 2016

SAMA PANDANG TAK SAMA NAMPAK

Falsafah dalam Kehidupan sememangnya begitu, kita mungkin lihat dari luaran akan kebahagiaan seseorang tapi kita tidak tahu bagaimana rasa hatinya, begitu jua,kita ingin bahagia seperti mana orang lain, tanpa kita bertanya penderitaan dan kepayahan yang pernah dilaluinya.
Apa yang kita lihat, tak sama pandangan dengan orang lain.
Apa yang kita dengar, tak sama bunyinya dengan orang lain.

My IG: amieytee


Selasa, 16 Ogos 2016

MATANG FIKIRAN


Pertunjuk bagi kematangan seseorang itu berdasarkan tatacara bicaranya dan juga perbuatan. Lihatlah ketika marah,sedih dah gembira, dapat mengetahui sikapnya.

My IG : amieytee

Isnin, 15 Ogos 2016

JIWA KOSONG


Jemu itu datang kerana kita berasa kosong, kosong itu bukan bermakna ianya tidak berisi, tetapi kerana tiada rasa kepuasan dalam jiwa.Ikhlaslah dalam berbagai hal, tertutama permikiran dan perbuatan.

My IG : amieytee

HILANG


Sebetulnya penyesalan memang sering berlaku, tapi jika masih lagi melakukan perkara yang sama maka penyesalan itu tidak mendatang kesan.Kerana penyesalan itu bukan saja dalam kata-kata tetapi jua perbuatan.

My IG : amieytee

Sabtu, 13 Ogos 2016

KAWAN BAIK


JADILAH SEORANG KAWAN YANG MENGERTI PERASAAN SEORANG KAWAN, JIKA KITA MAHUKAN SEORANG KAWAN YANG MEMAHAMI PERASAAN KITA. MANA MUNGKIN KITA AKAN MENDAPAT SEORANG KAWAN JIKA KITA TIDAK MULAKAN UNTUK BERKAWAN.

My IG : amieytee

Jumaat, 12 Ogos 2016

SUDIKAH MENGERTI

KENA FAHAM BAHAWA, KITA BUKANLAH SEORANG PENTAFSIR YANG BAIK DALAM BANYAK PERKARA OLEH YANG DEMIKIAN JANGAN MAIN AGAK-AGAK DALAM BANYAK HAL, SESAT JALAN ITU KERANA TIDAK BERTANYA.

MY IG: amieytee

Rabu, 10 Ogos 2016

MERAIH MIMPI


Menggapai Bintang Di Angkasa.
Memetik Bulan Di Langit Malam.
Sedangkan Semua Tahu.
Itu Semua Hanya Mimpi.
Namun Pun Begitu.
Jangan Lepaskan Mimpi Indah,
Sewaktu Menerjah
Bila Terjaga,Semuanya Akan Pudar.
Tidak Mungkin Akan Kembali Lagi.
Titipan Rasa
My IG : amieytee.

KERANA BUDI KU JATUH HATI

"Setinggi mana sekalipun penghargaan yang diterima, sebanyak mana sekalipun pujian yang diperolehi, jangan sesekali mengabaikan kesopanan dalam bicara,meninggalkan keluhuran tingkahlaku kerana sanjungan itu sementara sifatnya,kemuliaan pekerti tetap diingati" - Titipan Rasa

IG : amieytee



CEMBURU


Cemburu itu penyakit.
Mungkin Tanda Sayang
Mungkin Kerana Benci
Mungkin Jua Iri Hati
Tiada Penanda Bagi Cemburu
Mungkin Mampu Di Rasa
Tapi Tetap Tak Berskala
Kerana Datang Tanpa Mengira
Cemburu Tiada Tanda Harga
Kerana Bukan Barang Niaga

Ilham Amieytee
IG : amieytee


Selasa, 9 Ogos 2016

BICARA RINDU


Telah terlalu lama terendam
dalam mimpi-mimpi
Sukar merawat sakitnya rindu
Hanya pertemuan penawarnya
Bila mata bertentangan sama
Sayangku!!!
Kasih kita pasti berpadu
Rindu akan terlerai
Menjadi untaian mutiara bahagia
Ilham amieytee
My IG : amieytee.

KEMELUT DI KUALA




Tika terpinggir, dia menyepi
Sekoyong mentafsir hadap
Sendirian menapak langkah
Berjabat pada tubuh
Sapaan jarang berdesing.

Mendapat tongkat jalan masih tegap
Mendapat pelita tika senja belum gelap
Mendapat pimpin,haluan kecap
Mendapat laba tika masih mengira sedap

Kini
Sewaktu langit didongak
Lupa bumi dipijak
Lupa Rumput diinjak
Lupa bau ketiak.

Pada Kuasa bicara
Mengubah segala yang ada
Tanpa fikir siapa suka
Meminggirkan yang mendamba

Kuasa yang rapuh
Tidak selama ampuh
Kemelut harus ditempuh
Fikiran harus disepuh

Kehinaan pada murka
tapi masih lagi berkata
kerana sedikit rasa
AKU MASIH ADA KUASA
WALAU KERUH MENJENGAH KUALA

Nukilan Ilham Fikir : amieytee
9 Ogos 2016




Isnin, 8 Ogos 2016

BICARA KASIHKU


Tiada kecintaan lain, selainmu
Sinariku dengan permatamu tika gelapku
Hanya dirimu ku pandang
Tidak Teralih padanganku darimu
Jangan kau ragu dan jangan
pula kau meninggalkanku,
Ku untai bait kata pada pengucapan puisi
Yang kita karang di awangan harap.
Penawarku adalah dirimu tika aku terluka
Bersampingan kita membina bahtera.

Titipan Rasa Spontan : Amiey






RINDU TERTIPU



Hiasan TITIPAN RASA
Indah cinta itu mengasyikkan
Membelai rayu dan menunggu
Indah pada bicara ucapan
Mendamaikan dalam resah.
Kekadang menghancurkan.
Menyayangimu kerana kau ku pilih,
Tersayang menyayangiku,kerana ku dipuja.
Jujurlah pada ingin.
Jangan keliru pada sapaan rindu.

Titipan Rasa Spontan : Amieytee



TITIPAN RASA KOSONG


KU MULAI MENGENALI

Kita kenal siapa kita
dikalangan mereka
Setelah usainya semalam,
Hari ini kita mendakap
Sesuatu yang dibingkaikan
Marah,sedih,terharu jua riang
Itu hanya perasaan nampak
Namun Tangisan hati tiada mengetahui
Kerana itu adalah TITIPAN RASA

Nukilan Rasa Spontan amieytee
9:58pm 8Ogos 2016